Selamat Datang Ke Anjung Murni Kami

SELAMAT DATANG KE ANJUNG MURNI

Selamat datang kepada semua pengunjung, bekas pelanggan dan bakal pelanggan kami yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web ini. Di Anjung Murni kami ini, anda akan dapat melihat hasil kerja kami sepanjang penglibatan kami semua dalam bidang Teknologi Maklumat ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah anda kemukakan kepada kami dan InsyaAllah jika diberi keizinan, kami akan membalas segala pertanyaan anda itu.

6 rakan dengan misi dan visi yang tersendiri

Kami tidaklah sehebat Bill Gates mahupun Aziz M.Osman tetapi kami juga mempunyai pendirian dan kemahuan seperti mereka ini yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. 6 anak muda ini telah bersatu tenaga dan berjaya duduk dalam satu dunia sendiri.